p/s : tiada kene mengena dgn yg hidup ataupun yg telah meninggal dunia . . sekadar pengajaran bagi menghargai kedua ibu bapa kita sama ada yg yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia . AL-FATIHAH.
Semalam babah ade call abng long, kata babah , mama dan babah rindukan anak2 abang long. abang long sudah lama tak menjengah melawat babah dan mama. abanglong sibuk dengan urusan kerja . last abang long datang menjengah semasa abah minta abang long datang sebab ada surat yang perlu ditanda tangani. itupun abang long tak singgah lama . mama yang demam terbaring di kamar langsung tak di tanya makan ubatnya. tak ape , mama paham kan abng long sibuk. abnglong perlu cari banyak duit untuk membesarkan anak2 nya yang masih belajar , ada yg di IPTA , ada yg di sekolah menengah , yg di sekolah rendah pun ada . babah hanya tersenyum bila abg long cakap die ada hal dan akan datang kembali. sebab babah tahu tu cuma janji kosong.
selepas abng long balik . mama lak call kakngah. tp suami nya yang angkat . kata abg ngah , kakngah tertinggal fon di rumah , kakngah sibuk dengan persatuan. hari ahad begini pun kakngah tiada di rumah. mama tak mengeluh. mama tanya khabar cucu2 nya. nampak riak gembira mama dan babah bila mereka bergilir2 bersembang dengan cucu2 mereka. terubat rindu di dada. sebelum letak telefon, mama pesan pada abg ngah sampaikan salamnya dan babah pada kakngah. dan minta jaga diri , jaga kesihatan walau sesibuk mana. abg ngah pula berjanji kalau mereka kelapangan dia akan bawa cucu2 babah dan mama pulang ke kampung. dengar janji itu pun babah dan mama dah cukup gembira walaupun mereka tahu tunainya belum tentu.
selepas maghribnya pula. semasa babah menemani mama masak makan malam di dapur , abg teh pula call. kata abg teh die memohon maaf , die tak dapat pulang kekampung seperti yg dijanjikan . keluarga isterinya datang bertandang ke KL , dan die perlu melayani dan membawa keluarga isterinya dr sabah tu berjalan-jalan di KL dan akan bank in kan duit utk babah dan mama utk bulan ni.. babah cakap "okay". tp dalam hati babah cukup rasa kekecewaannya. "minggu depan balik lah mereka tu..." ujar mama tersenyum seraya memujuk babah , walaupun hati mama pon tersesak menahan rindu pada abg teh sekeluarga.
" mama nya , esok pagi2 kaitkan rambutan yg dah merah2 tu. babah pergi ke kebun kutip durian cikit , selepas zohor kita ke Kuantan rumah kakyang ye?" mama hanya mengangguk dan tersenyum. teringat gelagat anak2 kakyang yang sukakan rambutan dan durian itu.
sampai je rumah kakyang petang tu. anak2 kakyang melompat2 menyambut babah dan mama. babah dan mama peluk cium cucu mereka. " wan , nenek , bestnye wan ngan nenek datang... mummy ngan daddy 3hari dah out station. .kitorg tinggal dengan bibik je" tersentak hati babah dan mama. . tp mereka masih mampu tersenyum lagi.
bila abg cik telefon , mama tersenyum . rindu pada anaknya yang masih lagi belajar di tahun akhir di sebuah universiti. abg cik minta abah bank in kan duit, kata abg cik duit biasiswanya tak cukup. tahun akhir banyak kertas kerje. .babah janji pagi2 esok die akan ke bank. babah pesan pada abgcik. jgn terlalu boros , jangan tinggal solat. mama pula pesan , kalau abgcik kelapangan baliklah ke kampung , rambutan masih memerah di pokok. abgcik juga berjanji akan pulang nanti bile semua nye dh settle.
selepas maghrib malam tu ,babah dan mama tersenyum memandang adik , babah usap kepala adik. babah peluk adik erat2. babah ckp " babah sayang anak-anak babah.. dulu mase kecik2 babah dan mama jaga korang , bg korang minum makan pakai secukupnya..sebab bila besar babah dan mama nak tengok korang berjaya dalam hidup.. bukan duit ringgit korang yg babah dan mama mahu..cukuplah babah dan mama tengok korg semua bahgia.."
babah cium dahi adik. suara babah seolah tersekat2. adik lihat mama mengelap air mata yg mengalir di pipinya yang mula berkedut. adik langsung tak mengerti apa yg babah maksudkan..adik kecik lagi mase tu..
kini , bila babah dan mama sudah tiada , barulah adik mengerti . babah dan mama sayangkan kita! babah dan mama tetap tersenyum walaupun abglong yang rumahnya hanya beberapa minit dr umah babah dan mama tu dtg menjenguk bila di panggil . babah dan mama tetap tersenyum , walaupun kakngah tak pernah menelefon mereka dan bila mereka menelefon kakngah , ade saje yg menghalang mereka dari bercakap dengan kakngah. babah dan mama tetap tersenyum bila abg teh asyik mengutamakan keluarga sebelah isterinya , dan asyik menangguh utk pulang ke kampung. babah dan mama tetap tersenyum bila kakyang pula sibuk dengan kerja sehinggakan susah untuk bertemu muka! babah dan mama masih lagi tersenyum bila abgcik hanya telefon mereka bila memerlukan wang!
BABAH ! MAMA ! adik rindu senyuman itu . dan kini setelah babah dan mama tak ade , baru adik mengerti apa yang selindung di sebalik senyuman babah dan mama itu. sebuah kerinduan.. sebuah penderitaan. .sebuah kasih sayang dan cinta yg teragung! tp babah dan mama balut dengan senyuman. walau hati babah dan mama terguris dek kesibukan anak-anak.
babah.. mama..
adik dah bekerja sekarang. adik tak sibuk macam mereka ... kalau boleh , adik nak luangkan hari2 adik dengan suara gelak ketawa babah dan mama.. adik rindu senyuman babah dan mama . . adik nak balik jenguk babah dan mama tiap2 hujung minggu. malam adik , adik nak dengar suara babah dan mama sebelum tidur. siang adik , adik nak dengar suara babah yang kejutkan adik setiap solat subuh. . adik nak sentiasa makan masakan air tangan mama. .adik tahu babah dan mama tak mahu duit adik kan.. babah dan mama cuma nak perhatian dr anak2 babah dan mama kan? adik akan tumpukan semua perhatian utk babah dan mama!
tp , adik tak mampu utk semua itu. .sebab ALLAH lebih sayangkan babah dan mama. .kalaulah mase tu boleh di undur. . .
terima kasih di atas luangan mase anda membace nye . hargailah mereka selagi ade . PEACE!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.